SK KAMPONG BAHRU SENGGARANG
BATU PAHAT JOHOR
BATU PAHAT JOHOR
Selasa, 29 Mei 2012
CUTI PERSEKOLAHAN
Selamat bercuti kepada semua guru-guru dan murid -murid SK Kampong Bahru,jaga keselamatan diri dan jangan lupa pada pelajaran.....bagi yang bertugas selamat bertugas....dan jangan lupa kelas tambahan bagi murid-murid tahun 6.
Isnin, 14 Mei 2012
Selamat Hari Guru
Selamat Hari Guru buat semua guru-guru SK Kampong Bahru, Senggarang
Semoga jasa-jasa yang ditaburkan akan dibalas oleh Allah jua............
Lawatan Kerja Tranformasi Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang 2012
Lawatan Lawatan Kerja Tranformasi Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang 2012 yang terdiri daripada Pengetua, Guru-Guru Besar dan Guru-Guru Perpustakaan dan Media Sekolah-sekolah Kelompok PKG Senggarang yang terdiri daripada 50 orang perserta. Pada kira-kira Jam 7.30 pagi Peserta rombongan bertolak ke Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 2 dengan menaiki sebuah BAS dan sebuah kereta bertolak di Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 2. Pihak rombongan kami sampai ke SK Taman Rintting 2 kira jam9.30 pagi disambut oleh Guru besar sekolah tersebut bersama Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan PKG Daerah Pasir Gudang. Lawatan ini bertujuan untuk bertukar-tukur fikiran tentang pengurusan Pusat Sumber Sekolah yang cemerlang disamping mendapat idea dan pengalaman untuk mengurus Pusat Sumber Sekolah sendiri dengan cemerlang. Lawatan Kerja Tranformasi Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang ini diketuai oleh En Rosli bin Haji Nawawi selaku Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Senggarang.
Pihak kami telah diberi taklimat mengenai Sekolah Kebangsaan Taman Rintting 2 oleh GPK 1 sekolah tersebut dan kemudian di bawa melawat ke Pusat Sumber Sekolah serta kawasan sekitarnya.
Pihak kami telah diberi taklimat mengenai Sekolah Kebangsaan Taman Rintting 2 oleh GPK 1 sekolah tersebut dan kemudian di bawa melawat ke Pusat Sumber Sekolah serta kawasan sekitarnya.
Pada Jam 12.15 tengah hari rombongan kami telah bertolak ke Sekolah Menengah Pasir Gudang. Kedudkan SMK Pasir Gudang dari SK Taman Rinting 2 kira-kira 5 Kilometer dan mengambil masa kira 15 minit untuk kesana. Pihak kami telah disambut oleh Penolong Kanan dan Guru Penyelaras Media sekolah tersebut. Pihak rombongan kami telah diberi taklimat serta di bawa melawat sekitar Pusat Sumber Sekolah.
Bagi mengakhiri lawatan kami ini kami dibawa oleh Majlis GPM Daerah Pasir Gudang melawat ke Menara Akhbar dan Muzium Layang-Layang di Pasir Gudang. Pihak PKG Senggarang merakamkan Jutaan terima Kasih Kepada Semua yang terlibat didalam menjayakan Progrem Lawatan Kerja Tranformai Kerja Pusat Sumber Cemerlang ini.
Langgan:
Catatan (Atom)