SK KAMPONG BAHRU SENGGARANG

BATU PAHAT JOHOR

Ahad, 11 November 2012

Cuti Sekolah

Selamat bercuti buat semua guru dan murid-murid SKKB, jangan lupa yang bertugas.Bagi murid-murid jagalah keselamatan anda di mana jua anda berada semoga kita bersua kembali di tahun 2013 dengan semangat dan azam yang baru....

Majlis Anugerah Cemerlang dan Konvokesyen Prasekolah 2012

Tahniah kepada yang cemerlang dan mendapat hadiah pada hari tersebut.





                                                                     Persembahan daripada murid-murid
                                                               Muhammad Amirul Nasuha bin Amat Zin
                                                                                Tokoh Murid 2012

Majlis Jamuan Pengawas Pusat Sumber

Alhamdulillah Majlis Jamuan Pengawas Pusat Sumber dapat dijalankan dengan lancar.Terima kasih kepada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Tahniah kepada yang bertuah dengan hadiah...yang tak bertuah tahun hadapan tuah anda pula...



Perasmian Lintasan Zebra



                                                           Kenangan bersama Timbalan Pengarah Pelajaran
                                                                                Sidang Akhbar bersama RTM

Isnin, 23 Julai 2012

Selasa, 19 Jun 2012

Gotong - royong Perdana

Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan semua ibubapa murid-murid SK Kampong Bahru untuk menceriakan kawasan sekolah pada 30 Jun 2012. Marilah beramai-ramai bekerjasama menabur bakti kepada sekolah anak-anak kita agar mereka gembira berada dalam kawasan sekolah yang menarik.

SELAMAT HARI BAPA

Selamat Hari Bapa buat semua bapa SK Kampong Bahru. Semoga anda menjadi bapa yang terbaik buat anak- anak.

Selasa, 29 Mei 2012

CUTI PERSEKOLAHAN

Selamat bercuti kepada semua guru-guru dan murid -murid SK Kampong Bahru,jaga keselamatan diri dan jangan lupa pada pelajaran.....bagi yang bertugas selamat bertugas....dan jangan lupa kelas tambahan bagi murid-murid tahun 6.

Isnin, 14 Mei 2012

SELAMAT HARI IBU

Selamat Hari Guru





Selamat Hari Guru buat semua guru-guru SK Kampong Bahru, Senggarang
Semoga jasa-jasa yang ditaburkan akan dibalas oleh Allah jua............

Lawatan Kerja Tranformasi Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang 2012

Lawatan Lawatan Kerja Tranformasi Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang 2012 yang terdiri daripada Pengetua, Guru-Guru Besar dan Guru-Guru Perpustakaan dan Media Sekolah-sekolah Kelompok PKG Senggarang yang terdiri daripada 50 orang perserta.  Pada kira-kira Jam 7.30 pagi Peserta rombongan bertolak ke Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 2 dengan menaiki sebuah BAS dan sebuah kereta bertolak  di Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 2. Pihak rombongan kami sampai ke SK Taman Rintting 2 kira jam9.30 pagi disambut oleh Guru besar sekolah tersebut bersama Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan PKG Daerah Pasir Gudang. Lawatan ini bertujuan untuk bertukar-tukur fikiran tentang pengurusan Pusat Sumber Sekolah yang cemerlang disamping  mendapat idea dan pengalaman untuk mengurus Pusat Sumber Sekolah sendiri dengan cemerlang. Lawatan Kerja Tranformasi Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang ini diketuai oleh En Rosli bin Haji Nawawi selaku Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Senggarang.

lawatan_1

Pihak kami telah diberi taklimat mengenai Sekolah Kebangsaan Taman Rintting 2 oleh GPK 1 sekolah tersebut dan kemudian di bawa melawat ke Pusat Sumber Sekolah serta kawasan sekitarnya.

sesi_taklimat


lawata_2



Pada Jam 12.15 tengah hari rombongan kami telah bertolak ke Sekolah Menengah Pasir Gudang. Kedudkan SMK Pasir Gudang dari SK Taman Rinting 2 kira-kira 5 Kilometer dan mengambil masa kira 15 minit untuk kesana. Pihak kami telah disambut oleh Penolong Kanan dan Guru Penyelaras Media sekolah tersebut. Pihak rombongan kami telah diberi taklimat serta di bawa melawat sekitar Pusat Sumber Sekolah.

lawatan_3

lawatan_4

Bagi mengakhiri lawatan kami ini kami dibawa oleh Majlis GPM Daerah Pasir Gudang melawat ke Menara Akhbar dan Muzium Layang-Layang di Pasir Gudang.  Pihak PKG Senggarang merakamkan Jutaan terima Kasih Kepada Semua yang terlibat didalam menjayakan Progrem Lawatan Kerja Tranformai Kerja Pusat Sumber Cemerlang ini.


Sesi Bergambar di SK Taman Rinting

Khamis, 12 April 2012

PERASMIAN DEWAN TERBUKA SKKB


MAJLIS DIRASMIKAN OLEH
YANG BERBAHAGIA DR HAJI MOHD FUAD ZARKASHI
Timbalan Menteri Pelajaran,
Kementerian Pelajaran Malaysia

Rabu, 11 April 2012

Majlis Pelancaran NILAM 2012

Ribuan Terima Kasih kepada Guru Besar,guru-guru,murid-murid serta semua yang terlibat dalam PELANCARAN NILAM 2012


Lawatan Sambil Belajar

Kepada Murid Tahap 2 dan guru-guru...

Sesiapa yang berminat untuk menyertai Lawatan Sambil Belajar ke Cameron Highland pada 14,15 dan 16 September hendaklah menghantar nama dan wang deposit RM 20.00 kepada Pn. Sabariah dan Pn.Sharina..

Tempat terhad...
Ladang Strawbery

Taman Kaktus


Galeri Seni

Ladang Teh

Isnin, 30 Januari 2012

Rabu, 18 Januari 2012

Gred Penarafan Pusat Sumber bagi tahun 2011

Ribuan terima kasih kepada pihak pentadbir,guru-guru,pengawas Pusat Sumber,staf sokongan,murid-murid serta para pekerja yang bekerjasama dalam menjayakan aktiviti secara langsung atau tidak.Dengan penarafan ini kita akan berusaha agar sentiasa kekal dengan kecemerlangan.

Keputusan Gred Penarafan Pusat Sumber 2011

Isnin, 2 Januari 2012

SELAMAT TAHUN BARU, SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Pusat Sumber mengucapkan Selamat Tahun Baru dan kembali ke sekolah kepada warga SKKampong Bahru,smoga kehadiran tahun ini memberi azam baru yang lebih bersemangat dan berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai kejayaan yang lebih cemerlang

Ketabahan memerlukan keyakinan,keyakinan pula menentukan kejayaan,kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan...